Our Product Section To know our latest promotion About Us We welcome your feedback
Kuala Lumpur
Bangi
Kajang
Ulu Kelang
Wangsa Maju
Profile Listing
Sayang You Sdn. Bhd. ditubuhkan pada November 1998, mengendalikan Pusat Sayang You yang memulakan operasinya pada bulan Mac 1999. Pusat Sayang You yang merupakan salah sebuah pusat bunga, perkahwinan & kraf tangan yang terbesar di Lembah Kelang dan terletak di Tkt U5, Jln Bunus 6, 50100 Kuala Lumpur.
Pusat Sayang You menyediakan semua kelengkapan perkahwinan di bawah satu bumbung. Disamping itu juga, Pusat Sayang You turut menyediakan perkhidmatan jualan secara borong. Perkhidmatan jualan secara borong ini ditawarkan kepada semua peniaga kecil, para mak andam, pihak-pihak hotel yang ada menawarkan perkhidmatan majlis perkahwinan, serta syarikat-syarikat yang memerlukan khidmat dekorasi atau yang ingin menempah cenderahati/ gubahan-gubahan untuk meraikan majlis-majlis tertentu syarikat.
Jenis-jenis perkhidmatan yang disediakan/ ditawarkan:
  • Aksesori perkahwinan
  • Pakej perkahwinan
  • Tempahan gubahan hantaran
  • Fotografi (Studio/ luar studio)
  • Bunga-bungaan tiruan
  • Aksesori perhiasan wanita
  • Aksesori kraf tangan dan lain-lain
  • Harga yang ditawarkan amatlah berpatutan dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat disamping mengenengahkan pelbagai reka bentuk terbaru serta warna terkini.
    Pelanggan pasti selesa mengunjungi Pusat Sayang You memandangkan lokasinya yang strategik serta keluasan kawasan yang merangkumi 12,000 kaki persegi serta ia boleh dihubungi oleh 4 buah lif dan mempunyai 400 ruang letak kereta.
    Tenaga pekerja yang mencukupi, terlatih serta berpengalaman merupakan keutamaan kami dalam memenuhi kepuasan hati pelanggan. Matlamat kami sebenarnya ingin menjadikan Pusat Sayang You sebagai sebuah "Pusat Sehentian" perkahwinan, kraf tangan & bunga.